Aktiviti Bawah Tanah part 2 :- The Man With The Golden Tooth
(Tiada sangkut-paut dengan filem 007:- The Man With The Golden Gun)
Setelah aku menziarahi rumah kawan lama aku kat AU5, Lembah Keramat, aku pun balik. Aku balik pagi. Naik bas kat Zoo Negara, sampai la kat Kota Raya. Sampai KL, aku ronda² kejap kat Chinatown. Saja² ja, tengok banyak kedai kat situ tak buka lagi.
Sedang aku jalan², aku terlihat satu aktiviti perniagaan kat satu lorong kecil, dekat² dengan Petaling Street. Nampak macam pasar tani, tapi agak ālittleā. Tak tahu pula aku bila kewujudan tempat ni. Aku kunjungi tempat ni.
Hasil dari pilot survey aku, kebanyakan pengunjung mengunjungi tempat ni terdiri daripada lelaki, berumur antara 7 ā 60 tahun (mungkin lebih). Perempuan pula, kebanyakan berumur 30 tahun ke atas. Tiada seorang pun pengunjung yang terdiri daripada gadis² remaja. Mungkin tempat sebegini tidak menarik pada pandangan mereka.
Peniaga² pula, berbilang bangsa. Ada Melayu, Cina, India, Indon, Laos, Kemboja dan lain² lagi. Orang putih & orang Africa ja takder. Macam² diorang jual. Dari barang² yang terbaru & terkini, hinggalah barang² antik. Dari barang² yang bernilai, hinggalah barang² yang takder nilai pun diorang jual. Barang² yang diorang jual seperti barang² keperluan, barang² peribadi diorang, barang² second-hand, barang² original & tak ori, barang² cetak-rompak, barang² seludup & barang² curi! Hampir semua peniaga jual barang mereka hanya beralaskan kain, kotak², atas jalan. Yang lain² jual atas meja kecil yang boleh dilipat.
Aku cuma jalan² saja. Boleh dikatakan ramai jugalah pengunjung kat situ. Tengok gelagat orang dalam urusan tawar-menawar harga dengan peniaga. Barang² di situ tak lah menarik hati aku. Cuma aku tertarik pada jam tangan Rolex. Seorang brother menggosok² jam tangan Rolex tu. Fuh, memancar² kilatnya! Aku membelek² jam tangan tu. Jam tangan Rolex original, Swiss made, dibuat daripada emas putih! Aku cuba tanya harganya, kalau murah aku beli. āSeribu dik, abang jual, kalau kat kedai mau 8 ribu RMā, kata brother tu. āSeribu? Takperlah bang, saya takder cashā, kata aku.
Seminggu selepas tu, aku datang lagi kat tempat tu. Saja ja. Aku pergi ke port brother yang jual jam Rolex original tu. Eh, dah takder? āSudah dijual!ā kata brother tu. Aku cuba bertanya, siapakah gerangannya yang beli, Melayu ke Cina? āMelayu, orang tua, katanya dari Gombakā, kata brother tu sambil tersengih, menampakkan gigi kapaknya berwarna kuning keemasanā¦.
September 11th, 2006 at 12:17 am
Kat sane ade jual pistol x?
September 11th, 2006 at 12:30 am
Jawapan utk Matt Hunter Buaya:-
Pistol & lain² senjata api tidak dijual. Pistol air ada. Dapatkan segera selagi stock masih ada, sebab ianya mendapat sambutan hangat dr kalangan kanak² yg belum akil baligh.
September 14th, 2006 at 8:41 pm
huhu uzaimi was here
September 15th, 2006 at 9:36 am
jawapan buat uzai Mei
mee, apa cerita skang?